Kegunaan كڬوناءن Bawang

Masakan

Bawang paling banyak digunakan sebagai bahan masakan kerana bahagian berbeza-beza tumbuhan ini menghasilkan pelbagai rasa dan tekstur sama ada dimasak atau mentah. Bawang biasanya digunakan untuk menambah rasa, menaikkan aroma masakan, atau sebagai hiasan hidangan. Bawang putih sering dijerukkan untuk dijadikan kudapan. Kucai pula hanya daunnya yang dituai manakala bawangnya dibiarkan di dalam tanah untuk menumbuhkan daunnya semula. Bawang besar sering digunakan sebagai rempah tetapi juga boleh dipotong cincin lalu digoreng tepung untuk dijadikan kudapan.

Tanaman Hiasan

Kerana bunganya yang cantik dan warnanya yang pelbagai bawang juga sering digunakan sebagai tanaman hiasan.

Bawang banyak digunakan dalam masakan.